Karangan: Aku Seutas Jam Tangan
Aku ialah seutas jam tangan yang yang cantik dan hargaku murah. Nama aku ialah Flash,
Badan aku ialah berwarna biru. Aku dilahirkan dari sebuah kilang yang terletak di Klang, Selangor.
Selepas aku dan rakan-rakan dibuat siap, kami diletakkan di dalam sebuah kotak yang besar
dan luas seperti laut. Seterusnya, aku dan rakan-rakan dihantarkan ke pameran jam tangan yang
diadakan di The Mines, Selangor dengan sebuah lori.
Apabila aku dan rakan-rakan tiba di sana, kakitangan yang di sana mengambil kami dari van
dan menpamerkan aku dan rakan-rakan di meja pameran yang kaca itu. Di sana, aku berasa sanggat
gembira kerana aku mengnali ramai rakan baru, seperti: Seiko, Alba, Rolex, Swatch, XinJia, Swis
dan sebagainya.
Aku berasa sangat sedih kerana rakan-rakan aku sudah dibeli oleh tuan mereka. Apabila aku
melihat seorang wanita yang cantik seperti bidadari itu bersama anak lelakinya pergi ke pameran itu.
Wanita yang cantik itu pergi ke pameran itu untuk membeli seutas jam tangan yang baru kepada
anaknya sebagai hadiah hari lahir. Setelah wanita itu melihat aku, akhirnya wanita itu tetarik heti
untuk membeli aku.
Selepas itu, wanita itu memberi harga aku di kaunter dan membawa aku pulang ke rumahnya.
Nama tuan aku ialah Zhen Ti. Apabila tuan aku membawa aku pulang ke rumahnya, tuan aku
meletakkan aku di atas mejanya.Setiap hari, tuan aku pun menggunakan aku untuk melihat masa.
Tuan aku pun menggunakan aku dengan berhati-hati.
Apabila aku sudah rosak, tuan aku membawa aku pergi ke sebuah kedai jam tangan untuk
membaiki aku.Aku berasa gembira dan bangga, kerana aku menpunyai seorang tuan yang baik.